Oleh: Etta Adil 

PALONTARAQ.ID – Hi, Sobat Palontaraq, Setelah sekian lama belajar daring (dalam jaringan) dari rumah, bagaimana kabarnya saat ini?

Alhamdulillah, semoga kita semua senantiasa dalam keadaan sehat wal afiat dan dalam perlindungan Allah SWT.

Oh iya, saat ini kita berada dalam Bulan Rabiul Awal, bulan yang didalamnya terdapat penanggalan atau tanggal kelahiran Nabiullah, Muhammad SAW dalam hitungan kalender hijriyah.

Bagi Umat Islam, wajib bagi kita untuk senantiasa menjadikan Rasulullah, Muhammad SAW sebagai suri tauladan, uswatun hasanah, manusia teladan sepanjang zaman, untuk kebahagiaan hidup di dunia dan di akherat kelak.

Yuk, kita kenal dan ketahui profil singkat Rasulullah, Muhammad SAW. Juga tak lupa, dan sudah menjadi kewajiban diri setiap muslim untuk senantiasa mengirimkan shalawat dan salam kepada Baginda Nabiullah, Muhammad SAW, khususnya dalam aktivitas ibadah shalat kita.

Profil Singkat Muhammad SAW:

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

KELAHIRAN DAN PENGASUHAN

Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalibs bin Hashim.

Tarikh lahir: Subuh, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena bertepatan dengan Peristiwa tentara bergajah dipimpin Raja Yaman Abrahah yang ketika itu hendak menyerang Makkah dan ingin menghancurkan Ka’bah)

Tempat lahir: Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama Ayah:  Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.

Nama Ibu: Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan dari Ayah Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’, sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan Ayah Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN

Datuk atau Kakeknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama ayah saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan Anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘, Perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka’bah.

Pembinaan semula Ka’bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

ISTRI-ISTRI RASULULLAH SAW

  1. Khadijah Binti Khuwailid.
  2. Saudah Binti Zam’ah.
  3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
  4. Hafsah binti ‘Umar (anak Sayyidina ‘Umar bin Al-Khattab).
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  7. Zainab Binti Jahsy.
  8. Maimunah Binti Harith.
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’, Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra’

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak kepada Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza

BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *masuk Islam. Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here