Penting Diketahui: Kaji Ulang tentang Puasa Ramadan

Oleh: Kak Farid 

Related Post: 28 Catatan Singkat Seputar Ramadan

PALONTARAQ.ID – Puasa di Bulan Ramadan merupakan salah satu rukun islam. Karena itu, sangat penting bagi setiap muslim/muslimah untuk mengetahui segala hal tentang Puasa.

Syarat Wajib Puasa: 

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sehat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci dari Haid dan Nifas

Syarat Sah Puasa:

1. Islam
2. Berakal dan Mumayyiz
3. Bersuci atau Suci dari Haid dan Nifas)
4. Nyata masuknya Bulan Ramadan.

Lihat pula: Target dan Hal Terbaik yang Ingin diraih di Bulan Ramadan

Rukun-Rukun Puasa:

1. Orang yang Puasa
2. Berniat
3. Menahan Diri daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara yang Membatalkan Puasa:

1. Makan dan Minum dengan Sengaja
2. Memasukkan dengan Sengaja Benda ke dalam rongga yang terbuka. Seperti lubang hidung, lubang telinga dan dua lubang kemaluan)
3. Muntah dengan sengaja.
4. Keluar haid dan nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Air Mani’ dengan Sengaja
8. Bersetubuh pada Siang Hari.

Lihat pula: Tips Khatam Al-Qur’an di Bulan Ramadan

Perkara Sunat Ketika Puasa:

1. Segera Berbuka Puasa
2. Berbuka dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Do’a
4. Mengakhirkan Bersahur
5. Memperbanyak membaca Al-Quran, Berzikir, Berselawat dan Berbuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri daripada Bercakap Perkara yang Sia-Sia dan Perbuatan yang Tidak Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk Waktu Subuh

Makruh ketika Puasa: 

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-kumur
4. Memasukkan Air kedalam Rongga Hidung secara Berlebihan
5. Mandi yang Berlebihan
6. Rasa Makanan dihujung Lidah.

Lihat pula: Tips 24 Jam Ramadan Produktif

Lima hal yang Membatalkan Pahala Puasa: 

1. Berdusta
2. Ghibah
3. Adu Domba
4. Sumpah palsu
5. Memandang seseorang dgn nafsu sahwat
6. Mengeluarkan kata kata keji, cacian maki

Golongan yang Wajib Qada’ Puasa:

1. Orang Sakit yang Ada Harapan untuk Sembuh
2. Orang yang Musafir (Bukan Kerana Maksiat)
3. Orang yang Kedatangan Haid dan Nifas
4. Orang yang Meninggalkan Niat Puasa
5. Orang yang Sengaja Melakukan Perkara-perkara yang Membatalkan Puasa
6. Orang yang Pitam atau sedang Mabuk
7. Orang yang Sangat Lapar dan Dahaga.

Lihat pula: Siapa yang Merugi di Bulan Ramadan?

Mereka yang dikenakan Membayar Fidyah Puasa:

1. Mereka yang Tidak Dapat Mengqada’kan Puasa sehingga Masuk Ramadhan Kali Kedua – (Fidyahnya : 1 Cupak Beras Untuk Setiap Hari yang ditinggalkan disamping Mengqada’ Puasa) Bagi Setahun Tertinggal. Kalau Tidak Di Qada’ Sehingga Melampaui 2 Tahun Maka Di Kenakan 2 Cupak Tetapi Puasa Tetap Juga 1 Hari (Tiada Tambahan)

2. Orang Sakit yang Tidak Ada Harapan untuk Sembuh

3. Orang yang Terlalu Tua Dan Tidak Berdaya untuk Berpuasa

4. Orang yang Ada Qada’ Puasa tetapi Meninggal Dunia sebelum sempat Berbuat demikian (Fidyahnya: dibuat oleh Kerabat Si Mati/diambil daripada Harta Pusakanya)

5. Perempuan Yang Mengandung/yang Menyusukan Anaknya Perlu Mengqada’ Puasa dan Membayar Fidyah 1 Cupak Beras Bagi Setiap Hari yang ditinggalkan sekiranya Meninggalkan Puasa karena Bimbangkan Anaknya tetapi Sekiranya karena Takut Memudaratkan pada Dirinya maka hanya Wajib Mengqada’ Puasanya.

Lihat pula: Refleksi Fatwa Corona

Kifarat Bersetubuh dalam Bulan Ramadan:

Orang yang Bersetubuh pada Siang Hari Bulan Ramadhan, Maka Kedua Suami Istri tersebut perlu Mengqada’ Puasa Berkenaan dan Suami Wajib Membayar Kifarat (Denda) Seperti:

1. Memerdekakan Seorang Hamba Mukmin L/P (Sekiranya Tidak Mampu)

2. Berpuasa 2 Bulan Berturut-Turut Tanpa Terputus (Kalau Tidak Berdaya)

3. Memberi Makan Kepada 60 Orang Fakir Miskin walau bagaimanapun, Jika Persetubuhan Itu Di Lakukan Kerana Terlupa, Jahil Tentang Haramnya/Di Paksa Ke Atasnya Tidaklah Wajib Kifarat.

Tingkatan Puasa:

1. Puasa Umum – Sekadar Menahan Makan, Minum dan Keinginan Berjima’

2. Puasa Khusus – Memelihara Mata, Telinga, Lidah, Tangan dan Kaki daripada Melakukan Dosa selain Menahan Diri daripada Perkara diatas.

3. Puasa Khusus Al-Khusus – Merangkumi puasa diatas dan disempurnakan pula dengan Puasa Hati Daripada Semua Keinginan Lahir dan Batin.

Lihat pula: Inilah Fatwa MUI terkait Ibadah dalam Situasi Pandemi Corona

Mereka yang dibenarkan Meninggalkan Puasa:

1. Orang yang Hilang Daya Upaya Seperti Sakit yang Apabila Berpuasa akan Menambahkan Keuzuran

2. Orang Musafir

3. Orang yang Terlalu Tua dan Amat Lemah

4. Orang yang Tersangat Lapar dan Dahaga

5. Perempuan Haid/Menyusukan Anaknya yang Apabila Berpuasa boleh Memudharatkan Diri/Anak yang disusui itu

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadan. Semoga segala amal ibadah kita diterima disisi Allah SWT. Amieen ya Rabbal ‘Alamin. (*)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here